Graduate Management Admission Council Mengumumkan Pelantikan Dua Ahli Lembaga dan Pengerusi Baharu

RESTON, Va., June 05, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) — Graduate Management Admission Council (GMAC), persatuan tanpa untung untuk peneraju sekolah perniagaan global sukacita mengumumkan penambahan dua orang ahli dan seorang pengerusi baharu untuk lembaga pengarahnya. Penggal mereka bermula pada 1 Julai 2018, sama dengan pengerusi yang permula pada 1 Julai.

Dr. Bill Boulding, dekan Duke University’s Fuqua School of Business akan mempengerusikan lembaga tersebut. Ahli lembaga pengarah baharu terdiri daripada Erika James, John H. Harland dekan Goizueta Business School, Emory University dan Peter Johnson, penolong dekan, Program MBA sepenuh masa dan pemasukan, Haas School of Business di University of California, Berkeley. Tempoh penggal untuk pengerusi lembaga ialah dua tahun manakala ahli lembaga empat tahun.

Dr. William “Bill” Boulding ialah dekan Duke University’s Fuqua School of Business. Sebelum ini, beliau telah menyandang beberapa jawatan dalam sekolah tersebut termasuklah pemangku dekan dan dekan madya untuk program MBA Daytime (sepenuh masa). Dr. Boulding berazam untuk membantu meningkatkan perniagaan untuk kebaikan. Beliau telah berkhidmat sebagai ahli Majlis World Economic Forum untuk Nilai. Atas jemputan White House, Dr. Boulding telah mendapat penghormatan untuk berkhidmat dan membangunkan amalan terbaik untuk sekolah perniagaan menggalakkan kejayaan dalam kalangan wanita dan keluarga yang bekerja sebagai salah satu inisiatif bersama Majlis Wanita dan Gadis dan Majlis Penasihat Ekonomi White House.

“Saya berbangga untuk berkhidmat sebagai pengerusi GMAC,” kata Boulding. “Kita berada pada masa transformasi yang besar dalam pendidikan perniagaan siswazah. Kita perlu kekal relevan dalam dunia hari ini dan saya teruja dengan inovasi yang menanti industri. Saya percaya pada kuasa pendidikan perniagaan dalam membangunkan tokoh yang boleh menggunakan perniagaan untuk mentransformasikan dunia menjadi lebih baik.”

Erika James menjadi dekan John H. Harland di Goizueta Business School di Emory University pada Julai 2014. Seorang penyelidik yang berpengaruh dan pendidik yang telah menerima anugerah dengan semangat dalam perundingan dan penyampaian, beliau menekankan peranan pendidikan tinggi untuk memanfaatkan industri. James komited untuk meneruskan misi GMAC dengan minat yang tinggi untuk menyediakan penyelesaian bagi sekolah dan calon demi meneroka dan menilai sesama sendiri. Beliau percaya bahawa kejayaan pelajar terletak pada mencari sekolah yang tepat untuk mereka dan beliau bersedia untuk bekerjasama dengan lembaga pengarah bagi menjayakan usaha ini. Di bawah kepimpinan James, Goizueta kekal sebagai salah satu sekolah perniagaan teratas dalam negara dengan trajektori menaik dalam kejayaan kerjaya pelajar dan kepimpinan berdasarkan fakulti. Sebagai pendidik, James telah memulakan pelbagai program Pendidikan Eksekutif, termasuk program Kepimpinan Wanita di Darden Graduate School of Business. Beliau juga komited untuk mencipta kesaksamaan jantina dan kaum. Pada tahun 2014, beliau telah mendapat penghormatan oleh Majlis Diversiti Antarabangsa.

“Saya tidak sabar untuk menyertai lembaga pengarah GMAC,” kata James. “Perniagaan sama ada sebagai bidang atau idea mampu meningkatkan masyarakat dengan lebih lagi. GMAC berada di kedudukan yang sesuai untuk mempengaruhi masa hadapan pendidikan perniagaan selamanya. Saya bersedia untuk menggalas peranan dalam mencorakkan polisi dan tanggapan umum bersama tokoh-tokoh yang hebat ini.”

Peter Johnson menjadi penolong dekan, program MBA sepenuh masa dan pemasukan Haas School of Business di University of California, Berkeley, pada Jun 2016. Sebelum ini, Johnson telah berkhidmat dengan Pemasukan MBA Berkeley selama 11 tahun sebagai pengarah madya (1999-2001), pengarah pemasukan antarabangsa (2001-2006) dan pengarah eksekutif Pemasukan MBA daripada Februari 2006 hingga Ogos 2010 apabila beliau berpindah ke Eropah untuk menjadi naib presiden perkhidmatan pelajar di Central European University, Budapest.  Johnson kembali ke Berkeley sebagai penolong dekan Haas School pada tahun 2016 untuk menyelia akademik, pengalaman pelajar dan pemasukan untuk Program MBA Sepenuh Masa.

Johnson memahami keperluan dan keutamaan industri yang sering berubah dan bersedia untuk bekerjasama dengan ahli lembaga pengarah lain demi menghadapi cabaran ini. Sepanjang perkhidmatan beliau di Haas, beliau telah membangunkan dan melaksanakan strategi untuk mengambil pemohon di seluruh dunia, mengurus semakan pemohonan dan proses penilaian untuk lebih daripada 4,000 pemohon setahun, membangunkan dan mengekalkan alumni dan rangkaian pelajar sukarelawan serta berusaha untuk mempelbagaikan pengambilan pelajar.

“Saya teruja untuk berkhidmat dengan Lembaga GMAC pada masa perubahan signifikan berlaku dalam pendidikan tinggi,” kata Johnson. “GMAC memainkan peranan penting dalam menyediakan data dan platform untuk sekolah perniagaan di seluruh dunia bekerjasama dan berkongsi amalan terbaik untuk memberikan pendidikan perniagaan yang berkesan dan relevan kepada bakal-bakal pemimpin.  GMAC juga telah membantu menangani isu akses dan kesaksamaan dalam pendidikan pengurusan siswazah. Saya bersedia untuk bekerjasama denga ahli lembaga pengarah lain untuk membantu GMAC terus berevolusi dan memberikan nilai kepada sekolah perniagaan dan pelajar perniagaan di seluruh dunia.” 

“GMAC berharap ahli lembaga membantu membawakan kepimpinan ulung dan pengalaman yang relevan kepada organisasi dan misi kami,” kata Sangeet Chowfla, presiden dan CEO GMAC. “Sangat memuaskan apabila ahli berkaliber tinggi dalam industri terlibat dalam usaha yang kami lakukan untuk membantu sekolah dan calon, serta membantu lebih ramai orang menerima manfaat daripada pendidikan pengurusan siswazah.”

GMAC ingin mengucapkan terima kasih kepada pengerusi lembaga, Kate Klepper, dekan madya, Program Perniagaan Siswazah, D’Amore-McKim School of Business, Northeastern University, yang mana penggalnya sebagai pengerusi dan ahli lembaga berakhir pada 30 Juni ini. Pengalaman Klepper sebagai pengerusi telah membimbing organisasi ini selama bertahun-tahun dan kami telah mengembangkan portfolio penilaian serta mencipta lebih banyak peluang untuk calon dan sekolah berhubung. Klepper bersemangat dalam penglibatan ahli dan telah mengetuai Jawatankuasa Keahlian lembaga.  

Yang turut meninggalkan lembaga pada 30 Jun ialah Jim Brady, Ketua Pegawai Pengendalian, Grant Thornton LLP dan Ken Freeman, Allen Questrom Profesor & Dekan, Questrom School of Business, Boston University. GMAC mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka atas khidmat mereka kepada organisasi kami serta sumbangan mereka kepada komuniti pendidikan.

Perihal GMAC:  Graduate Management Admission Council (GMAC) merupakan persatuan bukan untung global untuk sekolah pengajian perniagaan terkemuka. Diasaskan pada tahun 1953, kami komited untuk mencipta penyelesaian bagi sekolah perniagaan dan calonnya meneroka, menilai dan berhubung dengan satu sama lain. Kami bekerja bagi pihak sekolah dan komuniti pendidikan pengurusan siswazah dan membimbing calon dalam perjalanan mereka ke pendidikan tinggi bagi memastikan tiada bakat yang ketinggalan.

GMAC menyediakan penyelidikan bertaraf dunia, peluang pembangunan dan penilaian profesional untuk industri yang direka untuk meningkatkan seni dan sains pemasukan. Dimiliki dan ditadbir oleh GMAC, Graduate Management Admission Test® (GMAT®) ialah penilaian sekolah perniagaan siswazah yang paling meluas digunakan dan diiktiraf oleh lebih daripada 7,000 program di seluruh dunia. Penilaian GMAC lain termasuklah peperiksaan NMAT oleh GMAC™, untuk kemasukan ke program pengurusan siswazah di India dan Afrika Selatan, dan Penilaian Eksekutif, direka bentuk khusus untuk Program Eksekutif di seluruh dunia. Portal utama kami untuk sumber dan maklumat tentang pendidikan pengurusan siswazah, www.mba.com, menrima 14 juta kunjungan setahun dan menampilkan alat carian School Finder Graduate Management Admission Search Service (GMASS) yang memadankan calon dengan sekolah perniagaan.  

GMAC bertapak di Amerika Syarikat dengan pejabat di United Kingdom, India dan Hong Kong. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang usaha kami, sila lawati www.gmac.com.

Untuk maklumat tentang ahli lembaga pengarah semasa GMAC, lawati https://www.gmac.com/about-us/board-of-directors.aspx

HUBUNGAN MEDIA:
Tania Hernandez-Andersen
Pengarah Kanan, Komunikasi Jenama Korporat
+1 (703) 668-9638 Pejabat
+1 (571) 294-4059 Tel. Bimbit
thernandez-andersen@gmac.com

Recommended