McDonald’s Mengumumkan Komitmen Global untuk Menyokong Keluarga Dengan Fokus Dipertingkatkan pada Happy Meals

OAK BROOK, Ill., Feb. 18, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) — Hari ini, McDonald’s (NYSE:MCD) mengumumkan komitmen yang diluaskan kepada keluarga, menyokong pelan pertumbuhan jangka masa panjang syarikat dengan mengumpil capaiannya untuk memberi kesan kepada makanan kanak-kanak, akses kepada aktiviti pembacaan dan mengekalkan keluarga bersama menerusi Ronald McDonald House Charities. Menjelang 2022, McDonald’s akan melakukan pembaikan bagi menu Happy Meal merentas 120 pasaran untuk menawarkan makan yang lebih seimbang, bahan yang mudah, sentiasa jelas dengan maklumat nutrisi Happy Meal, memperkukuh pemasaran yang bertanggungjawab terhadap kanak-kanak, serta mengumpil pemasaran inovatif untuk membantu memberi kesan bagi pembelian makanan dan minuman yang mengandungi kumpulan makanan yang disyorkan dalam Happy Meal.

“Kami mengenalpasti peluang yang kami miliki untuk menyokong keluarga sebagai satu daripada restoran yang paling kerap dikunjungi di serata dunia, serta kekal komited untuk mempertingkatkan makanan kami, meraikan keseronokan membaca dan membantu mereka yang memerlukan menerusi Ronald McDonald House Charities,” ujar Steve Easterbrook, Presiden dan CEO McDonald’s.  “Dengan saiz dan pengaruh kami, kami berharap tindakan ini akan memberikan lebih pilihan kepada para pengguna dan akan memberi manfaat secara unik kepada berjuta keluarga, yang merupakan langkah penting ketika kami membina McDonald’s yang lebih baik.”

Pada 2013, McDonald’s bermula bekerjasama dengan badan tanpa keuntungan Alliance for Healthier Generation (Healthier Generation) untuk membangunkan pelan menyeluruh untuk 20 pasaran utama* untuk meningkatkan akses pelanggan kepada buah-buahan, sayur-sayuran, produk tenusu rendah lemak dan air; dan kebanyakan daripada pasaran tersebut mendahului jadual dalam kemajuan mereka melaksanakan komitmen utama tersebut.

Hari ini, syarikat meneruskan lagi usahanya bersama Healthier Generation untuk menetapkan lima Matlamat Global Happy Meal baharu sehingga 2022.

1. Menawarkan Makanan Seimbang

Menggunakan kriteria pemakanan ketat berasaskan polisi sains dan nutrisi, pada penghujung 2022, sekurang-kurangnya 50 peratus atau lebih daripada Happy Meal yang disenaraikan dalam menu (papan menu restoran, skrin pesanan utama di kiosk dan aplikasi pesanan mudah alih sendiri) di setiap pasaran akan memenuhi Kriteria Nutrisi Global Happy Meal McDonald’s yang baharu dengan kurang atau bersamaan dengan 600 kalori; 10 peratus kalori daripada lemak tepu; 650mg sodium; dan 10 peratus kalori daripada gula tambahan.

Ketika ini, 28 peratus gabungan Happy Meal yang ditawarkan pada papan menu di 20 pasaran utama memenuhi kriteria nutrisi baharu tersebut. Untuk mencapai matlamat 50 peratus atau lebih, pasaran akan menambah tawaran menu baharu, merumus atau mengeluarkan tawaran menu daripada bahagian Happy Meal pada papan menu. Sebagai contoh, McDonald’s Itali pada bulan lepas menawarkan entree Happy Meal yang baharu dipanggil “Junior Chicken”, iaitu sandwic dengan protein tanpa lemak (ayam bergril). McDonald’s Australia kini sedang meneroka pilihan sayur-sayuran dan daging tanpa lemak baharu dan McDonald’s Perancis sedang melihat tawaran sayur-sayuran baharu.

2. Bahan Yang Dipermudah

Oleh sebab selera dan keutamaan pengguna yang sentiasa berubah, pasaran akan mengutamakan Happy Meal dan mempermudahkan bahan dengan mengeluarkan perasa tambahan, pewarna yang ditambah daripada sumber tiruan, serta mengurangkan pengawet tiruan sebanyak yang boleh.  Pada 2016, McDonald’s A.S. telah mengeluarkan pengawet tiruan daripada Chicken McNuggets, yang juga tidak mempunyai perasa dan pewarna buatan, serta Chicken McNuggets daripada McDonald’s Perancis dan Kanada tidak mengandungi perasa, pewarna dan pengawet tiruan.

3. Kekal Jelas dengan Maklumat Nutrisi Happy Meal

Syarikat telah melakukan usaha berterusan untuk memenuhi kehendak pengguna untuk mendapatkan akses mudah kepada maklumat nutrisi bagi menu yang disajikan dengan matlamat untuk memastikan maklumat nutrisi untuk Happy Meal tersedia dan boleh diakses melalui semua tapak web yang dimiliki oleh McDonald’s dan aplikasi mudah alih yang digunakan untuk membuat pesanan di mana ia tersedia.

4. Pemasaran Yang Bertanggungjawab

Di bawah matlamat baharu, semua berkas Happy Meal yang diiklankan kepada kanak-kanak akan memenuhi kriteria nutrisi global baharu McDonald’s dan akan berterusan memenuhi sebarang jaminan pengiklanan setempat/serantau terutamanya hal yang berkaitan dengan pemasaran kepada kanak-kanak.

5. Mengumpil pemasaran inovatif untuk membantu meningkatkan pembelian makanan dan minuman yang mengandungi kumpulan makanan yang disyorkan dalam Happy Meal

McDonald’s mengenal pasti peluang yang dimilikinya untuk memberikan impak positif menggunakan saiz dan skalanya untuk mengumpil pemasaran inovatif, termasuk pembungkusan dan promosi serta penggunaan teknologi baharu, seperti kiosk dan aplikasi mudah alih, untuk membantu menyajikan lebih banyak buah-buahan, sayur-sayuran, produk tenusu rendah lemak, bijirin penuh, protein tanpa lemak dan minuman di dalam Happy Meal. Matlamat ini membawa tindakan ini satu langkah ke depan untuk menyertakan komponen ukuran dan seterusnya berkongsi amalan terbaik dan hasilnya kepada pihak luar dengan cara yang jelas.

Perubahan Happy Meal McDonald’s A.S.

Pelanggan di A.S. akan melihat perubahan pantas kepada menu Happy Meal tahun ini.  Pada Jun 2018, 100 peratus daripada gabungan hidangan yang ditawarkan pada papan menu Happy Meal di A.S. akan mempunyai 600 kalori atau kurang dan 100 peratus daripada gabungan hidangan tersebut akan mematuhi kriteria nutrisi baharu untuk gula tambahan, lemak tepu dan 78 peratus mematuhi kriteria sodium baharu.

  • Menyenaraikan hanya pilihan entree di bawah: Hamburger, Chicken McNugget 4 ketul dan 6 ketul. Cheeseburger hanya akan disajikan mengikut permintaan pelanggan. 
  • Menggantikan kentang goreng kecil dengan kentang goreng bersaiz kanak-kanak di dalam hidangan Chicken McNugget 6 ketul, yang mengurangkan separuh kandungan kalori dan sodium dalam hidangan.
  • Merumuskan semula susu coklat untuk mengurangkan jumlah gula yang ditambah. Semasa tempoh ini, susu coklat tidak akan lagi disenaraikan pada menu Happy Meal, tetapi akan disajikan mengikut permintaan pelanggan.
  • Kemudian pada tahun ini, air botol akan ditambah sebagai pilihan minuman ditampilkan pada papan menu Happy Meal.
  • Pada Disember 2017, McDonald’s A.S. melengkapkan peralihan kepada minuman jus organik Honest Kids Appley Ever After, yang mengandungi kurang 45 kalori dan separuh daripada jumlah gula keseluruhan berbanding 100 peratus jus epal yang disajikan di A.S.  

Dengan kemas kini menu terancang ini, akan terdapat purata pengurangan sebanyak 20 peratus kalori, 50 peratus gula ditambah, 13 peratus lemak tepu dan/atau 17 peratus sodium, bergantung pada pilihan hidangan khusus pelanggan. Pengurangan ini menggambarkan data nutrisi purata bagi tawaran Happy Meal A.S. pada menu tahun lepas berbanding yang dirancangkan untuk tahun ini. Kini, beberapa gabungan Happy Meal yang tersedia di papan menu A.S. hari ini memenuhi kriteria nutrisi baharu dan tidak akan berubah.

McDonald’s A.S. kali terakhir mengumumkan perubahan penting seperti ini pada 2013, sebagai sebahagian daripada komitmennya kepada Healthier Generation, apabila mengeluarkan minuman soda daripada bahagian Happy Meal pada papan menu, yang telah mengakibatkan peningkatan 14 peratus jumlah Happy Meal yang dipesan yang menyertakan air, susu atau jus sebagai pilihan minuman.  Pada Disember 2013, pelanggan memilih air, susu atau jus sebagai pilihan minuman bagi 38 peratus daripada Happy Meal dan bilangan tersebut meningkat kepada 52 peratus pada Disember 2017. Dalam tempoh yang sama, bilangan Happy Meal yang menyertakan minuman soda dan minuman lain berkurangan daripada 62 peratus kepada 48 peratus. Untuk pertama kali, lebih daripada separuh pesanan Happy Meal di A.S. telah menyertakan air, susu atau jus sebagai minuman pilihan mereka.

“Daripada hari pertama, Healthier Generation tahu bahawa kerjasama kami dengan McDonald’s boleh mempengaruhi peningkatan berskala luas bagi pilihan hidangan untuk kanak-kanak di mana-mana sahaja,” ujar Dr. Howell Wechsler, Ketua Pegawai Eksekutif Alliance for a Healthier Generation. “Pengumuman hari ini mewakili kemajuan bermakna yang memberi kesan kepada kalori, lemak tepu, sodium dan gula tambahan kanak-kanak dalam berkas Happy Meal seperti yang ditawarkan pada papan menu – dan untuk menggalakkan minum lebih banyak air. Ini menetapkan suatu tahap yang tinggi dan kami berharap peneraju industri lain akan mengikutinya.”

“Sebagai pakar pemakanan dan seorang ibu, ini merupakan detik penting kerana kami memperkenalkan matlamat yang baharu dan bercita-cita tinggi dalam kerjasama dengan Healthier Generation yang kami harap akan memberi impak positif kepada keluarga di serata dunia,” ujar Julia Braun, MPH, Pakar Diet Berdaftar dan Ketua Nutrisi Global di McDonald’s. “Usaha kami telah membawa kepada perubahan besar dan kemajuan sebenar, serta sebagai sebahagian daripada pengembaraan makanan kami, kami komited untuk memudahkan keluarga untuk memilih pilihan seimbang yang akan memberikan perubahan yang boleh diukur.”

Komitmen ini terpakai kepada semua pasaran secara global dengan ukuran dan laporan kemajuan antara 20 pasaran utama, mewakili hampir 85 peratus jualan global syarikat. Syarikat akan bekerjasama dengan Healthier Generation dan pihak ketiga yang bebas untuk mengukur dan melaporkan kemajuan setiap dua tahun secara umum.

Program Buku “Happy Meal Readers”

Syarikat juga menggunakan skalanya ke arah kebaikan untuk menyemai minat membaca dan akan terus menyebarkan keseronokan membaca kepada lebih banyak keluarga.  Sejak 2001, syarikat dan pemilik francais telah mengedarkan lebih daripada 370 juta buku dalam Happy Meal. “Happy Meal Readers” terus berkembang dan menjelang 2019, kanak-kanak di lebih daripada 100 pasaran akan berupaya untuk memilih sama ada buku atau mainan di dalam Happy Meal mereka sepanjang tahun.

Ronald McDonald House Charities (RMHC)

Apabila menyentuh hal menyokong keluarga, syarikat telah memainkan peranan penting selama lebih dari 40 tahun bagi memastikan ahli keluarga dekat dengan anak mereka yang sedang menerima rawatan. McDonald’s merupakan rakan misi pengasas bagi Charity dan kekal komited untuk mengumpil saiz dan skala restoran McDonald’s untuk mempromosi dan mengumpul dana bagi menyokong perkembangan Charity. RMHC mengekalkan keluarga bersama, dekat dengan rawatan yang mereka perlukan menerusi lebih daripada 364 Ronald McDonald House, 227 Ronald McDonald Family Room, dan 49 Ronald McDonald Care Mobile di 64 buah negara dan rantau di serata dunia.  Tahun lepas sahaja, RMHC membekalkan rawatan dan sumber kepada lebih daripada lima juta setengah kanak-kanak dan keluarga. Tahun lepas, restoran McDonald’s menyokong usaha RMHC dengan memberikan kira-kira 2.4 juta penginapan bermalam di kawasan kejiranan dan di dalam komuniti di serata dunia.

Perihal McDonald’s

McDonald’s adalah peruncit perkhidmatan makanan global yang terkemuka di dunia dengan lebih daripada 37,000 buah lokasi di lebih daripada 100 buah negara. Kira-kira 90% restoran McDonald di seluruh dunia dimiliki dan dikendalikan oleh ahli perniagaan lelaki dan wanita tempatan yang bebas.

Perihal Healthier Generation
Alliance for a Healthier Generation melengkapkan kanak-kanak untuk membentuk tabiat sihat sepanjang hayat dengan memastikan persekitaran di sekeliling mereka membekalkan dan mempromosikan kesihatan yang baik. Lebih daripada 25 juta kanak-kanak telah dibantu oleh usaha Healthier Generation dengan pihak sekolah, komuniti dan ahli perniagaan di seluruh negara. Lakukan perubahan di HealthierGeneration.org dan sertai kami di Facebook dan Twitter.

*20 pasaran utama: A.S., Kanada, Brazil, Argentina, U.K., Perancis, Jerman, Austria, Sepanyol, Belanda, Itali, Poland, Sweden, Switzerland, Russia, Hong Kong, China, Jepun, Taiwan dan Australia.

   
HUBUNGAN MEDIA:  
Becca Hary
McDonald’s
becca.hary@us.mcd.com
Kate Siskel
Alliance for a Healthier Generation
kate.siskel@healthiergeneration.org
Recommended